Monday, July 29, 2019

Peranan Guru

PERANAN GURU

1. Menjaga
2. Mengajar
3. Memahami
4. Memberi bantuan

MENJAGA
Undang-undang tort sebagai sebahagian daripada bidang undang-undang yang melindungi seseorang individu daripada kesalahan sivil, persendirian ataupun kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspek kecuaian.
Kamus Undang-undang Blackstone

ASPEK MENJAGA
‘Kecuaian’ adalah kegagalan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Kamus Random House (1997)

ASPEK MENJAGA
‘Kecuaian’ berlaku sama ada ketika seseorang melakukan sesuatu perbuatan dimana ia tidak harus melakukan ataupun sengaja tidak melakukan perbuatan apabila ia patut melakukannya.
Kamus Random House (1997)

ASPEK PENYELIAAN
Pengetua dan guru sekolah diwajibkan oleh undang-undang untuk melindungi pelajar daripada sebarang risiko kecederaan.

TANGGUNGJAWAB
Termasuklah memastikan bahawa kakitangan dan staf yang menjalankan tugas di sekolah adalah cekap dan kompeten; memberikan arahan yang mencukupi dan berada pada satu peringkat mutu yang sesuai; memastikan bahawa alat dan kemudahan sekolah berada dalam keadaan yang selamat dan menyediakan serta mengimplementasikan peraturan yang sesuai dan mencukupi.

TANGGUNGJAWAB
Sekolah atau pengetua telah memungkiri kewajipan berjaga-jaganya. Keadaan ini mengambil kira dua doktrin iaitu tingkah laku yang dianggap sebagai munasabah dan ramalan.

TANGGUNGJAWAB
Doktrin munasabah dan ramalan mempersoalkan sama ada seorang pentadbir yang berhati-hati akan bertindak dalam cara dan situasi yang sama seperti seorang yang munasabah. Faktor yang dipertimbangkan termasuklah umur dan tahap kematangan pelajar, jenis risiko yang mereka dedahkan; mekanisme pencegahan sebelum insiden dan pelan untuk respons apabila masalah berlaku.

MEMAHAMI
Berasaskan senarai tugas-tugas guru dan SPI. Bahawa semua guru adalah guru disiplin dan guru kaunseling.

MEMBERI BANTUAN
Berasaskan senarai tugas-tugas guru dan SPI, undang-undang TORT. Bahawa semua guru perlu peka tentang kebajikan murid (guru tingkatan khasnya). Aspek kad 001 dan mengambil maklumat latar belakang pelajar/murid.

1. GURU TINGKATAN
10 SENARAI TUGAS
1. Pengurusan dan organisasi kelas.
2. Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar.
3. Laporan pelajaran, sijil berhenti, surat akuan dan Kad 001.
4. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.
5. Buku teks, biasiswa dan bantuan.
6. Kutipan yuran dan derma.
7. Pendaftaran pelajar baru.
8. Murid keluar.
9. Pendaftaran sukan, Pematuan dan lain-lain.
10. Guru kaunselor dan guru disiplin.

2. GURU MATA PELAJARAN
18 SENARAI TUGAS
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeling-pekeling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang dikemaskini dan diserahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/penggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan dan PPD.
10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.
17. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
18. Bekerja sebagai ‘Team player’

3. TUGAS-TUGAS KHAS BERBEZA-BEZA
1. Guru Buku Teks/Rujukan Guru (7)
2. Guru Siaraya (8)
3. Guru Audit Sekolah (9)
4. Guru Keselamatan Lalulintas
5. Guru Keselamatan Kebakaran
6. Penyelaras Pusat Sumber
7. Pengurusi Kelab Guru
8. Penyelaras Peperiksaan Am
9. Setiausaha PIBG
10. AJK PIBG
11. Guru Perpustakaan (13)
12. Guru Bahan Bantu Mengajar (11)
13. Guru Disiplin (13)
14. Guru Keselamatan (10)
15. Guru Kantin Sekolah
16. Guru SPBT (12)
17. Dll

3. TUGAS-TUGAS KHAS GURU DISIPLIN
1. Membantu Guru Besar/Pengetua merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar/Pengetua.
6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di kalangan pelajar dan guru.
8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/buku laporan disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.
10. Menghubungi pihak polis; jika perlu.
11. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot check)
12. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti:
12.1 Penyalahgunaan dadah.
12.2 Gambar lucah
12.3 Video lucah
12.4 Majalah lucah
12.5 Peras ugut
12.6 Kumpulan haram
12.7 Bohsia
12.8 Bohjan dan lain-lain.

13. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti:
13.1 Hari terakhir peperiksaan awam.
13.2 Hari Sukan
13.3 Hari Keluarga
13.4 Majlis-majlis sekolah

4. GURU RUMAH SUKAN

8 SENARAI TUGAS
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan. Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah Sukan.
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.

5. GURU PERMAINAN

17 SENARAI TUGAS
1. Membentuk jawatankuasa
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwin kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibubapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah / negeri, wakil daerah / negeri dan negara)
16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kehidupan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan / Sukan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

6. PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM

12 SENARAI TUGAS
1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan / kelab / unit beruniform.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaraskan semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
8. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum:
8.1 Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
8.2 Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilik Bimbingan dan Kaunseling.
9. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum:
9.1 Borang memasuki persatuan.
9.2 Borang senarai AJK dan ahli.
9.3 Buku Laporan Kegiatan.
9.4 Fail-fail yang diperlukan.
10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

SENARAI TUGAS

Sebagai guru biasa melaksanakan tidak kurang daripada 70 senarai tugas (berbeza setiap guru berasaskan aktiviti yang dipertanggungjawabkan).

Contoh:
1. Guru tingkatan -10 senarai tugas
2. Guru mata pelajaran -18 senarai tugas
3. Guru tugas-tugas khas (berbeza) -13 senarai tugas
4. Guru permainan -17 senarai tugas
5. Guru persatuan -12 senarai tugas



JUMLAH 5 BIDANG 70 SENARAI TUGAS

TATACARA MELAKSANAKAN TUGAS
Meneliti – data dan maklumat
Mengkaji – punca permasalahan
Mengenalpasti – program yang sesuai
Melaksana – tempat, personalia, masa dan lain-lain yang bertepatan.
Menilai (Refleksi) – membuat penilaian keberkesanan setiap program.

No comments:

Post a Comment