Saturday, September 12, 2020

Model 5E konstruktivisme

 Model 5E konstruktivisme


1) Fasa 1: Engage

Guru memaklumkan kepada murid subtopik yang akan dipelajari pada pengajaran yang akan datang. Murid menggunakan kesempatan semasa di rumah untuk melihat sepintas lalu subtopik yang akan dipelajari.

2) Fasa 2: Explore

Murid meneroka isi pembelajaran dan membuat carian di internet ataupun menggunakan laman Youtube untuk memahami isi pengajaran yang akan dipelajari. Segala persoalan ataupun perkara yang tidak difahami akan dicatatkan di dalam buku nota.

3) Fasa 3: Explain

Semasa di sekolah, guru akan menerangkan isi pengajaran dan murid-murid akan mengaitkan dengan isi pengajaran yang mereka telah pelajari sendiri di rumah.


4) Fasa 4: Elaborate

Guru akan menghuraikan segala persoalan yang tidak difahami oleh murid memandangkan murid-murid telah mencatatkan segala persoalan di dalam buku nota dan memanfaatkan peluang bersemuka dengan guru di sekolah untuk mendapatkan penjelasan bagi sesuatu topik yang masih belum dikuasai dengan baik.



5) Fasa 5: Evaluate

Proses penilaian bertujuan untuk menguji kefahaman murid dan guru akan menyediakan kuiz melalui pelbagai medium seperti Google Classroom ataupun melalui permainan interaktif yang menarik seperti ‘wordwall’, ‘liveworksheet’ dan sebagainya.



Model 5E membolehkan seorang guru memberi latihan berdasarkan kreativiti masing-masing.



Sama ada mereka ingin memberi latihan di dalam kelas ataupun memanfaatkan teknologi terkini dengan memberi latihan mahupun kuiz melalui laman Google Classroom yang dimiliki setiap murid di sekolah.


Laman atas talian seperti liveworksheet, wordwall dan sebagainya merupakan contoh yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan murid-murid.

Semuanya ini bergantung kepada tahap capaian internet murid-murid di rumah dan keadaan ini sudah tentunya dapat membentuk ruang lingkup pembelajaran yang sangat holistik dalam kehidupan seharian murid-murid di rumah.

No comments:

Post a Comment