Friday, October 25, 2019

PANDUAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) :


Daripada PK1
Whatsapp


Melibatkan
➡ pentaksiran untuk pembelajaran
Evaluation for learning.

    - dirujuk sbg pentaksiran formatif kerana sebahagian drpd proses PdP.

- digunakan untuk guru merancang langkah/strategi dlm PdP untuk meningkatkan tahap penguasaan murid secara berterusan .

- Contoh: soaljawab guru kpd murid( secara Tidak langsung, guru tahu pengetahuan,nilai Dan kemahiran murid )

 ➡ pentaksiran sebagai pembelajaran ,
Evaluation of learning.

-. Berlaku bilamana murid tahu perkembangan pembelajaran sendiri berdasarkan objektif pembelajaran yang telah dikuasai.

- terdiri daripada pentaksiran kendiri iaitu murid menilai kerja sendiri Dan tahu kekuatan Dan kelemahan masing2.pentaksiran rakan sebaya pula memberi ruang kpd murid belajar berpasukan& komunikasi dlm kumpulan.

-contoh  : murid mampu membina Peta konsep,ithink,grafik untuk menunjukkan pemahaman mereka  dlm pembelajaran

 ➡  pentaksiran tentang pembelajaran.
Evalution on learning.

- berlaku pd akhir sesuatu tempoh, tema,tajuk,topik dll.

- berbentuk ujian sumatif/ perbentangan hasil kerja/ projek

- dapatan / maklumat drpd skor sumatif bukan Untuk perbandingan antara murid.Skor ini digunakan sebaik-baiknya kpd guru untuk menjadi petunjuk asas pencapaian murid masing2 sebelum guru memulakan topik Baru atau beralih tajuk seterusnya.


# MODERASI PBD DI PENGHUJUNG TAHUN

Perlu diambil perhatian Dan dijalankan bersama:

Guru mp dan k/ panitia (professional judgement) guru m/p menentukan TP sepatutnya kpd semua murid yg di taksir dan berbincang dengan kp.

 Guru2 mata pelajaran yang mengajar  kelas X .Semua guru subjek kelas X duduk sekali utk penyelerasan yang lebih Adil kpd semua murid dlm kelas tersebut. (Murid 1-40)

Duduk bersama membuat penyelarasan TP murid secara keseluruhan sepanjang tahun ditaksir

Sangat penting dibuat bersama agar tidak berlaku isu tertentu.

Isu yg sering berlaku bila murid Xx hanya menguasai TP 2  dalam subjek W sedangkan subjek lain TP antara 3-5. Guru boleh membuat perbincangan di sini utk pertimbangan Yg Adil kepada murid Xx.

JANGAN hanya merujuk ujian bertulis..pentaksiran boleh melalui lisan Dan juga pemerhatian.


ISU LAIN KETIKA MODERASI DIJALANKAN:

Murid diberikan TP2 hanya kerana guru Q mentaksir melalui 1 kaedah sahaja iaitu kaedah bertulis.Boleh tetapi pastikan kaedah bertulis tersebut berbeza mengikut tahap keupayaan murid. Mungkin cikgu nak uji sumatif secara bertulis dalam kelas, tapi kena berbeza lah.mungkin budak A dlm bentuk karangan, budak B dlm bentuk isi tempat kosong, budak c kita sediakan jawapan sebagai pilihan untuk mereka.Kesimpulannya tidak  boleh gabung soalan sama untuk semua murid jawab.  (tidak adil untuk mereka)                                                                           


ISU KEDUA IALAH GURU HANYA MEMBERIKAN TP 1@2 KERANA
murid tersebut kerap ponteng sekolah(tidak hadir lama).oleh itu susah untuk guru tersebut membuat pentaksiran. Jika berlaku hal demikian,nama murid tersebut perlu dirujuk kepada J/K kes-kes khas.Begitu juga dengan murid yang tidak boleh menguasai 3M, J/k Kes khas akan menyimpan nama murid bermasalah ini sebagai rujukan sekiranya ada isu yang timbul kemudian hari. Bagi murid lain yang tiada masalah,guru taksirlah mereka samada melalui LISAN, BERTULIS ataupun Pemerhatian.Rujuk semula rekod transit PBD  yang telah kita laksanakan.Gunakan P/Judgement ketika memberikan TP keseluruhan untuk mereka.                                                                      Cikgu lebih mengenali anak-anak didik sendiri, setiap mereka ada kelemahan dan kekuatan masing2                                                                                        wasalam.

Harapaklum. Tq

No comments:

Post a Comment